PostHeaderIcon Tentatif Majlis Sambutan Aidiladha PERUBATAN 1430H

Hari Raya Pertama, 27 November 2009

  • 6.00 pagi – Bas akan bertolak dari tempat masing-masing.
  • 7.00 pagi – Solat sunat raya aidiladha berjemaah di dataran Kompleks Hayyu  Asyir.
  • 8.00 pagi – Jamuan pagi
  • 8.30 pagi – Taklimat sembelihan, Sembelihan binatang dimulakan
  • 11.00 pagi – Kerja pembersihan
  • 11.30 pagi – Makan tengahari (mengikut rancangan JPMK).
  • 11.50 pagi – Solat jumaat
  • 12.45 tghari – Sambungan kerja-kerja pembahagian daging.
  • Bersurai selepas semua proses pembahagian daging selesai.

Hari Raya Kedua, 28 November 2009

  • 9.00 pagi : ketibaan pelajar
  • 9.30 pagi : Takbir ramai-ramai
  • 10.00 – 11.00 pagi : Aktiviti2 yang menarik ; sajak, video, persembahan nasyid DAI NADA (artis jemputan)
  • 11.00 pagi : Makan
  • 12.00 tghari : Solat Zohor dan Rehat
  • 1.00 petang : Persembahan nasyid dari PERUBATAN Iskandariyah (artis jemputan)
  • 4.00 petang : Majlis bersurai

Etika pakaian pada hari raya ke-2 : digalakkan memakai baju melayu lengkap bersampin

PostHeaderIcon Tentatif Program Iftar 26/11/2009

TENTATIF PROGRAM MALAM GEMA TAKBIR AIDIL ADHA 1430H

4.30 ptg: semua berada di rumah pusat masing-masing

5.00 ptg: berbuka puasa

5.30 mlm: solat maghrib

6.40 mlm: solat isyak

7.00 mlm: takbir raya beramai-ramai

7.30 – 9.30 mlm: ceramah Aidil Adha 1430H (PENGORBANAN AUGMENTASI KEIMANAN)

9.30 mlm: bersurai

p/s : iftar jama’I untuk ikhwah akan diadakan di fustat sahaja manakala akhawat akan diadakan di munirah mengikut port masing-masing

: setiap rumah hendaklan memasak makanan untuk ahli bait masing2dan membawa makanan tersebut ke port masing-masing

: ceramah akan diadakan di 3 tempat iaitu fustat (Gami’ Syafi) untuk ikhwah sahaja, manakala untuk akhawat di Bait Humairah dan Bait Istirahah.

PostHeaderIcon Pre Departure dari Meja Pelaksana

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kita sudah melalui 9 hari di dalam Dzulhijjah. Sejauh manakah kita memanfaatkan hari-hari tersebut, sama-samalah kita bermuhasabah dan moga Allah s.w.t memberikan limpahan rahmat dan keberkatanNya kepada kita.

Dengan datangnya malam 10 Dzulhijjah ini, pihak pelaksana mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua, kullu a’m wa entum bikheir.

Kini, kita semakin hampir kepada kemuncak Sambutan Raya Korban 1430 H dengan berlangsungnya 3 majlis utama

Malam Takbir (26 November 2009, 9 Dzulhijjah 1429 H)
Majlis Penyembelihan (27 November 2009, 10 Dzulhijjah 1429 H)
Majlis Rumah Terbuka (28 November 2009, 11 Dzulhijjah 1429 H)

Sepanjang kewujudan weblog ini, pelbagai info telah diketengahkan. Dari makluman tentang majlis, pengemaskinian dan pindaan, tazkirah sempena Zulhijjah dan pembawaan khusus terus dari Meja Pengarah Program.

Pihak penerangan memohon maaf di atas sebarang kecelaruan, masalah dan kemusykilan yang timbul sepanjang tempoh ini.

Di sini juga ada satu makluman. Kepada mereka yang terlibat dengan sembelihan, diharap dapat membawa pisau, papan memotong, dan pengasah pisau sendiri bagi mengelakkan kekurangan alatan ketika proses pelapahan.

Selaras dengan tema kita kali ini, ‘Pengorbanan Manifestasi Kehambaan,Kebersamaan Pemangkin kekuatan’, kita berusaha dan berkorban dengan pelbagai cara dan bentuk. Dan antara unsur penting dalam menyempurnakan sesuatu perkara adalah kerjasama.

” Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang berperang dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh “

” Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu tolong menolong dalam kejahatan dan kemaksiatan “

Di meja pihak pelaksana, kami berusaha untuk menguruskan majlis ini dengan sepenuh usaha dan kudrat kami.

Namun, segala usaha ini tidak akan sempurna tanpa gerakan bersama daripada semua, ahli PERUBATAN di Kaherah khususnya.

Kami memohon kemaafan sepanjang perjalanan proses perlaksaan terdapat halangan, kekangan dan kekurangan.Kita merancang, namun sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah s.w.t.

Dan semoga, majlis kita kali ini menjadi platform untuk lebih taqarrub ilallah, memulakan ikatan kepada kenalan baru, dan menyimpul utuh tali yang sudah tertaut antara kita.

Sekian, terima kasih.

PostHeaderIcon MAKLUMAN BERKENAAN BENGKEL IBADAH KORBAN

Bismillahir rahman nir rahim…

Dengan ini sukacita dimaklumkan,pihak Jawatankuasa Program Sambutan AidilAdha 1430H  akan mengadakan satu  taklimat berkenaan  ibadah korban yang bakal kita jalani  pada hari Jumaat nanti,insyaAllah.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan hukum-hakam dalam ibadat korban ,  selok-belok dalam pengurusan  sembelihan dan juga proses pembahagian daging berdasarkan hukum syara’.  Bengkel ini insyaAllah akan disampaikan oleh ustaz yang mahir dalam hal yang berkaitan  sembelihan.  Sebarang kemusykilan atau persoalan juga bolehlah diajukan semasa bengkel diadakan nanti.

Selain itu, ia juga bertujuan  untuk memberikan sedikit gambaran ringkas tentang perjalanan program sembelihan yang akan di adakan di Dataran Hayyu A’syir pada hari Jumaat ini,insyaAllah.

Butiran lanjut program tersebut,adalah seperti berikut:

BENGKEL IBADAH KORBAN

TARIKH : 26 DISEMBER 2009 (KHAMIS)

MASA : 9.00 pagi

TEMPAT : MUSALLA ARMA

SASARAN : Golongan yang akan berkorban dan  juga para  pelapah  daging.

Akhir kata, semoga kita semua dapat mengambil manafaat sebaik mungkin dari bengkel ini nanti,insyaAllah. Kerjasama dari semua pihak didahulukan dengan jazakumullahu khairal jaza’.

Sekian.

Wslm.

PENGORBANAN MANIFESTASI KEHAMBAAN,

KEBERSAMAAN PEMANGKIN KEKUATAN.


PostHeaderIcon ARTIKEL EDISI KHAS AIDILADHA

KETIKA CINTA BERTASBIH

“Mmm… cinta! Menurutku, Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang. Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta. Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur. Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan!”

Terpaku mendengar kehebatan permainan bahasa yang dialunkan anna althafunnisa dalam KCB. Ingin sekali hati melafazkan cinta pada Allah, tetapi saya sendiri jadi malu. Tatkala melihat betapa indahnya cinta nabi Ibrahim yang disulami penyaksian dan pembuktian, saya rasakan cinta kita bagaikan kata-kata mainan si anak kecil kecil. Kerna, apa makna cinta tanpa pembuktian?

Bertalu-talu ujian datang menguji keteguhan cinta nabi ibrahim. Ujiannya yang pertama pada ayahnya. Ayah yang kukuh mempertahankan kekufuran kepada Allah walaupun setelah dipujuk berkali-kali supaya beriman. Tidakkah pilu rasa hati seorang anak bilamana ayah yang dikasihinya memilih jalan membinasakan diri, sehingga akan terhumban ke tempat paling durjana kelak?

Penolakan dari ayah dan masyarakat tidak membuatkan baginda tumbang lesu. Baginda bangkit,  memecahkan berhala-berhala untuk membuktikan kebodohan kaumnya yang menyembah batu yang bisu, pekak, buta, tanpa kuasa. Disebabkan kemarahan yang menggunung, baginda dibakar kaumnya sendiri. Mudahnya mulut melafazkan, sedangkan kita, bila tangan melecur terkena minyak sedikit sudah mengaduh kesakitan. Inikan pula api yang marak membakar. Kemarakan cinta apakah yang membuatkan nabi sanggup dirinya dibakar?

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpu dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.                                                           ( 3 : 14 )

Kemudian, nabi diuji dengan cinta-cinta yang sering membutakan mata manusia. Kita semua tahu bukan, isteri nabi Ibrahim, Sarah, seorang perempuan yang sangat jelita. Nah, isteri jelitanya pula dijadikan sumber ujian. Kejelitaan Sarah memikat hati sang raja. Wahai kaum Adam, apa yang akan kamu lakukan jika isteri jelita kecintaan kamu dikacau orang? bukan sekali, malah 2-3 kali. Adakah keimanan dan kecintaan kamu pada Allah dapat mengatasi gelojak kemarahan dalam hati kamu? Apakah peraturan Allah masih logik di fikiranmu atau sudahkah kamu dikuasai nafsu amarahmu itu? Bagaimana pula kaum hawa, apa reaksi kamu bila suami kamu diperlakukan begitu? Bagaimana baginda boleh tenang memohon bantuan dari Allah di saat-saat begitu?

Sahabat, apa perasaan anda jika sudah berpuluh tahun hidup bersama isteri kesayangan tetapi tidak dikurniakan anak? bukankah naluri seorang manusia itu inginkan anak? Zuriat menyambung keturunan hasil perkongsian hidup bersama insan kesayangan. Apatah lagi seorang nabi. Jika tiada anak, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menyambung perjuangan menegakkan KALAM ALLAH atas muka bumi ini? Sedangkan masyarakat sekeliling adalah masyarakat yang ingkar menerima Allah sebagai tuhan. Apakah tidak pilu nabi memikirkan perjuangan dan pengorbanan selama ini akan terhenti di saat kematiannya?

Bahagianya, akhirnya Allah membuktikan betapa Rahimnya DIA dengan mengurniakan seorang anak kepada nabi setelah satu penantian yang cukup lama dan menyeksakan. Betapa asyiknya rasa bila impian yang satu itu menjadi kenyataan. betapa jika itu kita, sudah pastu sujud syukurnya sangat lama penuh linangan air mata. Pasti kita berjanji, anak itu akan dijaga dan dididik sebaik mungkin.

Tapi, apakan daya, bila muncul cinta yang baru, cinta yang satu itu sekali lagi diuji. Anak yang masih kecil itu perlu dikorbankan, membuktikan cintanya dahulu tidak tergugat dengan kehadiran cinta baru.  Maka anak kecil dan ibunya Hajar terpaksa ditinggalkan di padang pasir gersang. Yang siangnya panas, terik dan kontang. Malamnya gelap-gelita. Sejuk membeku ke sum-sum tulang. Sunyi sepi, hanya ditemani hembusan angin malam. Tak ubah seperti meletakkan anak dan isteri kecintaan di pintu maut penuh derita. Sedangkan kita, jika penerbangan tertunda sehari sahaja sudah berpuluh voice mail bakal diterima dari ayah. Padahal tempat itu lengkap makanan dan selesa. Begitulah naluri seorang ayah. Tidak mungkin sama sekali membiarkan anaknya dalam bahaya. Tidakkah naluri itu dimiliki setiap ayah termasuk nabi ibrahim? Perasaan apakah yang menguasai nabi sehingga dapat mengatasi kasihnya seorang ayah pada anak tunggalnya itu?

Kini, anak kecil itu sudah besar. Keimanan dan tawakal yang tingginya pada Allah ternyata tidak pernah disia-siakan Allah. Baginda akhirnya dipertemukan semula dengan anak yang pernah ditinggalkan satu ketika dahulu. Jejak kasih yang sangat syahdu dan bahagia.

Ya Allah, tidak cukupkah bukti yang ditunjukkan nabi selama ini bahawa benarlah hanya ENGKAU cinta dalam hatinya, dalam hidupnya, dalam setiap hembus nafasnya? Apakah perlu ENGKAU arahkan mereka melakukan sesuatu yang diluar batas fikiran manusia?

Ujian kali ini bukan calang-calang. Seorang ayah, jika melihat anaknya bermain dengan pisau sahaja sudah pasti dimarahi. Tapi ayah ini, dia diarahkan untuk meletakkan sendiri bilah pisau di leher anaknya. Anak yang diperoleh setelah bertahun-tahun hidup tanpa zuriat. Anak yang dahulu diarahkan ditinggal di gerbang kematian. Anak yang menjadi harapan untuk meneruskan perjuangan. Mengapa ya Allah, anak yang satu ini juga pinta dikorbankan, disembelih dan dibunuh?

Dari kisah pengorbanan luar biasa itu, maka lahirlah kini sambutan HARI RAYA EIDUL ADHA. Jadilah peristiwa bersejarah ini puncak pengorbanan tanda terbuktinya cinta nabi tidak lain dan tidak bukan hanya pada Allah yang Esa. Dan betapa bahagianya baginda, cintanya berbalas. Ujian-ujian yang dilaluinya terbukti mendapat setinggi-tinggi pengiktirafan dari Allah dengan dinukilkan dalam KALAM SUCI yang kekal sepajang zaman.

Dan ingatlah, ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu dia melaksanakannya dengan sempurna. Dia berfirman, sesungguhnya AKU menjadikan engkau sebagai pemimpin bagi seluruh manusia……..                                                           (2 : 124 )

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedangkan dia mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayangan(NYA) ( 4 : 125)

Wahai sahabat-sahabatku, nabi Ibrahim sudah membuktikan ketulusan cinta baginda sehingga dirinya menjadi kesayangan Allah. Sudahkah kita berbuat demikian? Semoga kita sama-sama dapat menghayati ruh pengorbanan dan pembuktian cinta yang dipamerkan nabi kesayangan kita, nabi Ibrahim alaihissalam pada kesempatan eidul adha kali ini. Dan semoga ruh itu senantiasa segar membasahi setiap sel dari badan kita.

ANISAH  SHAMILAH MOHD SALLEH

TAHUN 3, UNIVERSITI KAHERAH.

PostHeaderIcon ARTIKEL EDISI KHAS AIDIL ADHA

Bismillahirrahmanirrahim….

Perjalanan kita sebagai hamba di dunia ini menuntut seribu satu pengorbanan yang pastinya kita akan terasa jerih payah dan kesukaran yang ditempuhi. Walaupun begitu, setiap kesukaran yang dihadapi pasti terkandung hikmah di sebalik ape yang terjadi. Apakah manusia yang beriman tidak akan diuji? Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2 “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Ujian yang dihadapi sedikt sebanyak memerlukan pengorbanan kita untuk keluar dari belenggu masalah yang dihadapi dan juga meminta petunjuk daripada Allah S.W.T agar keringanan diberikan kepada kita.

Apakah tujuan kita hidup di muka bumi ini? Marilah sama-sama kita renungkan. Kita ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini, meneruskan pejuangan rasul-rasul terdahulu yang tegar mempertahankan Agama Islam. Lantaran itu, semangat pengorbanan sangat dituntut dalam menegakkan perjuangan.

Dalam konteks kita sebagai pelajar hari ini, pengorbanan diperlukan dalam menuntut ilmu. Kesusahan dan kepayahan dalam menuntut ilmu di luar negara kerana terpaksa berjauhan daripada keluarga tersayang merupakan satu pengorbanan yang terpaksa ditempuhi walaupun nampak kecil pada pandangan orang. Selain itu, kita juga seharusnya berkorban dengan membantu persatuan yang disertai dengan cara menyumbang tenaga,wang dan bakti bagi membantu aktiviti persatuan berjalan dengan baik. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ahli? Jadi marilah sama-sama kita melakukan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya.

Teringat satu kisah yang berkait rapat dengan pengorbanan iaitu kisah Nabi Allah Ibrahim a.s. khalilul Allah. Ia  bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya  Nabi Ismail a.s.  inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah  diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi  Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. ini. Hal ini telah rakamkan dalam Al-Quran :

Yang bermaksud : ” Maka tak kala  anaknya ini sampai  (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : ” Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi ku bahawa aku akan menyembelih mu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : ” Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insaya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang  yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar “.

( Surah al –Shaafat ayat : 102 – 107)

Peristiwa kepatuhan  Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman didalam dada kita dengan sebaiknya. sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan   pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. :

yang bermaksud : dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu         (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu ) mempersekutukan ( sesuatu yang lain dengan Allah ) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang  yang rugi  ” .

( Surah Az-Zumar : 65 )

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan, sanggup berkorban masa, wang,  jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan, tidak akan berjayalah seseorang. Contohnya, pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku.

Akhir kata, pengorbanan ialah tuntutan perjuangan yang tidak dapat dielakkan. Kedua-duanya harus diiringi dengan sikap berlapang dada dan sabar mengahadapi dugaan. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bejuang dan berkorban demi agama Allah, bukan sekadar pemerhati sedangkan kita sedang menikmati nikmat daripada Allah S.W.T. Renung-renungkan.

NOOR AMALINA ABD RAHMAN

TAHUN1 ,UNIVERSITI KAHERAH

PostHeaderIcon JADUAL PEMOTONGAN DAGING DAN PENYEDIAAN BAHAN MENTAH MENGIKUT RUMAH

JADUAL PEMOTONGAN DAGING DAN PENYEDIAAN BAHAN MENTAH MENGIKUT RUMAH

assalamualaikum w.b.t

Bersempena sambutan hari raya korban 1430H pihak penganjur dengan ini meminta jasa baik semua ahli perubatan di KAHERAH untuk turut sama menjayakan sambutan hari raya korban perubatan pada 10 zulhijjah 1430H/27 NOV 2009 nanti.

SEMBELIHAN binatang korban akan diadakan pada waktu pagi bertempat di DATARAN HAYYU ASYIR pada 27 NOV 2009.Binatang korban yang telah siap dilapah akan diserahkan kepada pihak AKHAWAT untuk DIPOTONG.Dengan ini disertakan kumpulan memotong daging mengikut shift.

MAJLIS JAMUAN akan diadakan pada 28 NOV 2009 bertempat di ARMA.

“Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kalian kepada Allah, sesungguhnya Allah amat keras siksa-Nya.” (Al-Maa`idah: 2)

marilah kita sama-sama merebut peluang mengerjakan amal kebaikan dan moga-moga kita mendapat balasan dan ganjaran yang berlipat kali ganda di sisi-Nya.insyaALLAH


“PENGORBANAN MANIFESTASI KEHAMBAAN, KEBERSAMAAN PEMANGKIN KEKUATAN”

SHIFT PERTAMA  ( 9.30 – 12.30)

  1. BEIT JANNATUL MUSFIRAH
  2. BEIT AHLAWY
  3. BEIT NAILAH AL-FARAFISHAH
  4. BEIT ANSAR
  5. IMARAH 11 T-4 BEIT RIDHA
  6. IMARAH 11 T-5 HASANAH
  7. IMARAH 11 T- 6 MARYAM
  8. IMARAH 11 T-7 AZHAR
  9. BEIT BADAR 313
  10. BEIT KAUTHAR
  11. BEIT  NADA’
  12. BEIT EL- ANONYMOUS
  13. BEIT BAITUL WIFAQ
  14. BEIT RUMAH SEK GANU
  15. BEIT MUMTAHANAH
  16. BEIT AN-NUR
  17. BEIT HIKMAH
  18. BEIT MUMTAZ
  19. BEITUL MAWARDAH
  20. BAITUN MUNAWWARAH(THN 1)
  21. BAITUN ANSAR (THN1 )
  22. BEITBEIT A’SAL
  23. BEIT LU’LU SOFIYAH
  24. BEITUL HUBB
  25. BAITUL BUNBUNI
  26. BEIT ABABIL
  27. BEIT AIN JALUT
  28. BEIT AINSHAMS OLD-GIRLS
  29. BEIT HAFIZ-ATIQ
  30. BEIT PRINCESS
  • PELAJAR DI RUMAH NEGERI TERENGGANU (AIN SHAMS)
  • PELAJAR DI RUMAH NEGERI PAHANG (AIN SHAMS DAN AZHAR)
  • PELAJAR AZHAR SEKITAR HAYYU SABIE’
  • PELAJAR AZHAR SEKITAR HAYYU ZUHUR
  • PELAJAR DI RUMAH NEGERI KEDAH (AZHAR)
  • PELAJAR DI RUMAH WILAYAH KUALA LUMPUR (AZHAR)

SHIFT KEDUA (12.30-3.30)

  1. BEIT KHANDAK
  2. BEIT  MUTAWAFFIQ
  3. BEIT SOLEHAH
  4. IMARAH 11- BAITUN SAFI
  5. IMARAH 11-BAITUN NUHA
  6. IMARAH 11-BAITUN RAIHAN
  7. IMARAH 11- BAITUN ‘IFFAH
  8. IMARAH 11- BEIT RAUDHAH
  9. IMARAH 11 BEIT MUKARRAMAH
  10. IMARAH 11- AL-A’LA
  11. BEIT EL-CIS CAKE
  12. BEIT ISTIRAHAH
  13. BEIT KHADIJAH KHUWAILID
  14. BEIT SYUHADA
  15. BEIT AISYATUL RADHIAH
  16. BEIT KAMI
  17. BEIT AL-WAKEEL
  18. BEIT CASA IMPIAN
  19. BEIT CHOCOHOLIC
  20. BEIT AL-MUNAWWARAH
  21. BEIT ZINNIRAH
  22. BEIT KHAULAH
  23. BEIT AJMAL
  24. BEIT SYAHADAH
  25. BEIT GREEN HOUSE
  26. BEIT SAUTUL KAHERAH
  27. BEIT KASR EL-MAWADDAH
  28. BEIT DUPLET
  • PELAJAR   DI RUMAH NEGERI SABAH (AIN SHAMS DAN AZHAR)
  • PELAJAR   DI RUMAH NEGERI KELANTAN (AIN SHAMS DAN AZHAR)
  • PELAJAR  DI RUMAH NEGERI MELAKA (AIN SHAMS)
  • PELAJAR  DI RUMAH NEGERI SEMBILAN (AIN SHAMS)
  • PELAJAR DI RUMAH NEGERI JOHOR (AZHAR)
  • PELAJAR DI RUMAH NEGERI PERLIS (AZHAR)
  • SEMUA PELAJAR PERUBATAN DI ARMA

KUMPULAN PENYEDIAAN BAHAN MENTAH

  1. BEIT HADHANATUL BUSTAN
  2. BEIT GYABO!
  3. BEIT  HAWARIYYIN
  4. BEIT AL-QUDS
  5. BEIT KHAZINATUL ASRAR
  6. BEIT HIKMAH
  7. BEIT AL MUHAJIRIN
  8. BEIT VILLA RAIHAN
  9. BEIT SYIFA(IMARAH 11)
  10. BEIT ROOQIT
  11. BEIT AL-WAKEEL

PERHATIAN!!

  1. BAGI KUMPULAN MEMOTONG DAGING ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA ALATAN MEMOTONG SEPERTI PISAU DAN CHOPPING BOARD YANG SECUKUPNYA
  2. BAGI MEREKA YANG MENYEDIAKAN BAHAN MENTAH PULA, ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA PISAU DAN CHOPPING BOARD .ANDA JUGA DIMINTA DATANG PADA WAKTU PAGI UNTUK MENGELAKKAN KELAMBATAN PENYEDIAAN BAHAN MENTAH UNTUK PROSES MEMASAK.
  3. SEGALA KERJASAMA DARIPADA PIHAK ANTUNNA  KAMI DAHULUKAN DENGAN JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA.

TERIMA KASIH

UNIT SEMBELIHAN

SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN 1430H/2009

PostHeaderIcon Tawaran Hebat! Tempahan korban unta dibuka!

Salam alayk.

Ada tawaran hebat yang diberikan oleh Ustaz Iqbal (Selangor) untuk pelajar-pelajar PERUBATAN.

Dimaklumkan bahawa sebanyak EMPAT ekor unta disediakan i.e. 28 bahagian.

Harga bagi satu bahagian unta : LE750

Urusan sembelihan ini ditanggung sepenuhnya oleh Ustaz Iqbal sendiri.

AJK Aidiladha PERUBATAN hanya mengeluarkan iklan ini.

Sebarang urusan tempahan boleh dirujuk terus kepada Ustaz Iqbal di talian : 0114563011

Tarikh akhir tempahan adalah pada 22 November 2009 (Ahad)

PostHeaderIcon Senarai Pembahagian Rumah untuk Qiamullail – akhawat

?    Badar 313(Sakinah Zaib,T3)
Hadhanatul Bustan(Nur Humaira Bt. Che Ibrahim,T2)   
Beit El-Mutawwafiq(Fatimatuz Zahra Bt. Azmi,T2)
Bait Al-Muhajirin(Nurbahiran Bt.Mat Zain,T2)

?    Kauthar(Anisah Shamilah Mohd Salleh,T3)
Casa Impian (Nuur Hayati Sawfiah Radzi,T3)
Bait Ahlawy(Ellya jamil,T6)
Bait Nur Fatin Hanira Abd Patar(T4)
Bait Rayyan(Sukainah Sulaiman,T6)

Bait Khadijah Khuwailid(Wafaa Mohamad,T3)
Bait Kami(Noor Farhanan Tauhid Ahmad,T3)
?    Villa Raihan (Tengku Nur Nabihah Tengku Nikman,T4)
Baitul Bunbuni(Nurjalilah Abdurahman,T4)

Bait Aisyatul Rodhiyah(Nadiah Mohd Damanhuri,T4)
?    Baitul Mumtahanah(Mahfuzah Mahamud,T3)
Bait Solehah(Hamizah Bt.Halim,T2)
Baitul Rooqit(Siti Noor Redzuani Shafii,T3)

?    Bait Syuhada(Nur Dalili Mohd Zaini,T4)
Baitul Wifaaq(Faten Farhanah Salleh,T3)
Gyabo!(Haizura Bt.abdul Hadi,T2)
Bait Lu’lu’ Sofiyyah(Norfarhana Samsudin,T4)

?    Kasr El-Mawaddah(Lyanna Khairunnisya Yahya,T4)
Bait Al-Cis Kek(Nurulhuda Mustoffa Ashukri,T3)
Green House(Syazana Safiyah Sazali,T4)

?    Chocoholic(Nur Aainaa Abu Hanipah,T4)
Bait Khandak(Najwa Syafiqah Bt.Rosli,T2)
Bait Sinai(Tuan Nurul Nabilah Tuan Azlan,T3)
Bait Raudhatul Jannah(Siti Baizura Zakaria,T4)

Bait Jannatul Musfirah(Nurhidayah Arshad,T4)
Bait Al-Quds(Siti Sarah Ahmad Nurman,T3)
?    Bait Nada(Nor Diyana Mohamad,T3)
Bait Al-Wakel(Nur Fatihin Samiyah Mohd Hisham,T3)

?    Beit Ansar(Sadanah Wan Anuar,T4)
Bait Syahadah(Siti Rafhanah Saponit,T4)
Beit Al-Hawariyyin(Nasriah Ramli,T3)
Beit En-Nuur(Nurul Farhana Ibrahim,T3)

Baitul Ibtisam(Haizura Abdul Hadi,T4)
?    Bait El-Anonymous(Noor Asyila Ismail,T3)
Baitul Hubb(Nik Noramalina Rozik,T4)
Bait Nailah Al-Farafishah(Sakinah Mohd Kamil,T4)

?    Bait al-Munawwarah(Nurhazfizah Md.Ali,T5)
Bait Khaulah(Syafaf Jumiran,T4)
Baitun Humaira(Siti Maryam Bt.Mohd. Sallehuddin,T1)
Bait Ajmal(Nurul Ibtisam Mohammad,T4)

?    Baitul Istirahah(Nurul Hasanah Abdul Latif,T3)
Baitul Hikmah(Aimi Athirah Azmi Murad,T3)
Baitun Mumtaz(Nur Farahin Bt.Mat Tarmizi,T1)
Baitun Mawaddah(Siti Nur Bani Bt.Md.Hassan,T1)

Baitun Nuha(Wan Nurul Husna Wan Mohd.Rosdi,T1)
Bait Syifa’(Adilah Bt.Nawam,T2)
?    Baitul A’ala(Azfa Ammar Bt.Elias,T2)
Baitun Munawwarah(Nur Syafekar Bt.Zaini,T1)
Baitun ‘Ansar(Wan Nadzirah Bt.Wan Hassan,T1)

Baitun Safi(Nur Shaymak Bt.Abdullah,T1)
Beit Ridha(Nur Atikah Bt.S.Ishak,T2)
Baitul Hasanah(Maisarah Atikah Bt.Mohd Zaki,T2)
?   Bait Maryam(Maryam Fadhilah Bt.Zakaria,T2)
Baitul Azhar(Zahidah Bt.Hamzah,T2)

Baitul Raudhah(Fadzlin Bt.Abdul Aziz,T2)
Baitun Raihan(Nur Hazirah Bt.Mohd. Azlan,T1)
?    Bait Al-Mukarramah(Khairun Nadiah Bt.Mohd.Rais,T2)
Bait Khazinatul Asrar(Maha Bt.Ahmad,T1)
Baitun ‘Asal(Nazhah Hani Bt.Mukhtar,T1)

*Yang dipekatkan ialah pusat qiam.

BAGI AKHAWAT YANG TINGGAL DI ARMA DAN MADINAH NASR:
ARMA-Surau akhawat
Bagi pelajar-pelajar Ain Sham,boleh rujuk kepada saudari Nur Aida Syuhada Bt. Zulkiplee,Tahun2(0116035347)
Bagi pelajar-pelajar Azhar,boleh rujuk kepada saudari Putri Zainab Bt.Megat Azamuddin,Tahun2(0117676124)

PostHeaderIcon Senarai Pembahagian Rumah untuk Qiamullail – ikhwah

Mounira

Bait Fais Azli

Bait Farid Amin : Pusat Qiam

Bait Najib Salleh

Bait Baihaqi Hassan : Pusat Qiam

Bait Abd Rahman

Bait Abg Isra’ : Pusat Qiam

Bait Abg Hamdan
Bait Husaini : Pusat Qiam
Bait Ashraf Hadi
Bait Sagof

Sayyeda Zainab

Bait Akram : Pusat Qiam

Bait Haikal Zawawi

Bait Muzakkir : Pusat Qiam

Bait Ariff Aizzat

Abou Rish

Bait Nabil Alhanis

Bait Shafiq Hamdani : Pusat Qiam

Bait Isa

Bait Huzaifah : Pusat Qiam

Bait Saif Jamaludin

Bait Fahim

Bait Shafiq M Noor : Pusat Qiam

Malik As-Saleh

Bait Ammar

Bait Umar : Pusat Qiam

Bait Amir Firdaus : Pusat Qiam

Bait Talhah

Giza

Bait Saifudin : Pusat Qiam
Bait Hafiz
Bait Nurhelmi

NOTA:

  • Bagi pelajar-pelajar Ain Sham, boleh rujuk kepada saudara Hilmi Hatta Tahun 3 (0141126095)
  • Bagi pelajar-pelajar Azhar, boleh rujuk kepada saudara Aman Al-Muiz Tahun2 (0118691635)
  • Bagi pelajar-pelajar Ikhwah yang tinggal di Fustat ( Tahun 1), Zin Hom (tahun 2) dan di DMAK, Qiamullail dijalankan mengikut kawasan tersebut dengan kerjasama batch masing-masing.